27 November 2014 - 13:50
ISIS produk keji pemikiran Takfiri

ISIS sengaja dicipta oleh Amerika demi memesongkan gerakan kebangkitan Islam Timur Tengah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Sayid Ali Khamenei menghargai inisiatif Ayatullah Makarim Syirazi yang menganjurkan Kongres Gerakan Ekstremisme Dan Takfiri Dalam Pandangan Ulama Islam. Beliau berkata, "Analisa ke atas gerakan bahaya ini perlu memberikan fokus terhadap segala akar umbi Takfiri yang mana ISIS merupakan salah satu cabang tertinggi pohon terkeji ini."

Beliau menambah, "Gerakan Takfiri dan negara-negara yang mendukungnya benar-benar menggerakkan misi kuasa angkuh dunia iaitu Amerika dan kerajaan-kerajaan penjajah Eropah, termasuklah rejim Zionis. Penampilan ISIS adalah Islam namun hakikatnya sedang berbakti kepada mereka ini."

Ayatullah Khamenei melanjutkan ucapannya tentang kebangkitan Islam, "Kebangkitan Islam merupakan gerakan anti Amerika, perampas dan talibarut Amerika. Namun gerakan Takfiri menjalankan tugas menukarkan perang terhadap penjajah kepada perang sesama saudara seagama."

"Barisan hadapan perjuangan umat Islam di rantau ini ialah Palestin yang dijajah. Namun Takfiri telah menyimpangkan barisan hadapan ini dengan menyeret pertempuran ke jalan-jalan, kota-kota di Iraq, Syria, Pakistan dan Libya. Inilah jenayah Takfiri yang tidak dapat dilupakan.

"Kesaksian yang lain menunjukkkan gerakan ini berada dalam misi kuasa angkuh global yang mana mereka telah memberikan sokongan penuh kepada gerakan Takfiri. Mereka tidak menyentuh tentang rejim Zionis sedikitpun, bahkan rela bekerjasama dengan rejim ini dalam menghadapi umat Islam. Tetapi mereka aktif dalam menyerang negara dan kaum muslimin.

"Salah satu tindakan yang amat keji golongan Takfiiri ialah menyelewengkan wajah Islam yang asalnya adalah agama rahmat, rasional dan logik. Dengan menampilkan aksi-aksi jenayah seperti merebahkan insan tidak berdosa, atau mengeluarkan jantung individu Muslim dan mengunyahnya di hadapan kamera atas nama Islam.

"Antara saksi yang lain ialah menyelewengkan kebangkitan revolusi Islam yang melanjutkan jejak langkah kebangkitan Islam di sanubar para pemuda Muslim sehingga ke tahap mereka menjadikan pembunuhan kaum muslimin yang tidak berdosa demi cita-cita mereka," kata Khamenei dengan lantang.

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam ini turut mendedahkan perbuatan Amerika yang membekalkan senjata kepada ISIS di Iraq. Beliau menegaskan, "Dengan wujudnya tindakan begini, Amerika secara zahirnya telah membentuk pakatan memerangi ISIS yang mana ini suatu pembohongan sejati. Ini disebabkan misi sebenar pakatan tersebut ialah melestarikan jangka hayat fitnah peperangan dan pertempuran di kalangan umat Islam. Namun misi ini tidak akan tercapai."

Berkenaan dengan tanggung jawab besar yang dipikul ulama Islam, beliau berkata, "Salah satu tanggung jawab ialah mewujudkan pergerakan berasaskan ilmu dan rasional, termasuk menuntut ilmu daripada ulama mazhab Islam agar akar umbi gerakan Takfiri dapat dicabut. Gerakan ini muncul dengan slogan Salaf al-Soleh. Oleh itu yang perlu ditunjukkan ialah bahasa agama, ilmu dan logik sesuai dengan Salaf al-Soleh."

Beliau mengingatkan lagi, "Pergerakan ini hendaklah menyelamatkan golongan muda yang terjebak dengan kekejian Takfiri dengan ilmu pengetahuan dan logik. Ini juga tanggung jawab ulama."

Menyentuh tentang penyedaran terhadap peranan politik Amerika, England dan rejim ZIonis dalam menghidupkan gerakan Takfiri yang merupakan tanggung jawab ulama di negara
-negara Islam, beliau berkata, "Ketiga ialah tanggung jawab penting ulama, mengambi berat dengan serius masalah Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga mencegah kelalaian terhadapnya merupakan sebuah wacana utama dalam dunia Islam."

Sambil menceritakan tindakan terbaru kabinet rejim Zionis dalam mengyahudinisasikan Palestin, beliau berkata, "Rejim Zionis sedang berusaha untuk mengambil Masjidil Aqsa dan melemahkan Palestin secepat mungkin. Semua kaum muslimin, tidak kira apa jua bangsanya hendaklah mendesak kerajaan-kerajaannya memantau masalah Palestin."

"Kita bersyukur kepada Allah, di Republik Islam Iran, negara dan bangsanya sedang menyokong Palestin dan sebulat suara memusuhi rejim Zioni. Ia tidak pernah menyimpang dari garian yang telah dilakar Imam Khomeini sepanjang 35 tahun lalu (sejak kemenangan Revolusi Islam Iran).

"Republik Islam Iran, dengan anugerah Allah, tidak terjebak dalam kongkongan dan perselisihan mazhab. Sebagaimana Iran membantu Hizbullah Syiah di Lubnan, seperti itu juga ia membantu Hamas, Jihad Islam dan kumpulan lain Ahli Sunnah di Palestin. Bantuan ini akan diteruskan," tegas beliau.

Sayid Ali Khamenei turut menekankan pengukuhan hubungan persaudaraan dengan penduduk Gaza sebagai salah satu bantuan Republik Islam Iran, "Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, Tebing Barat perlu dibekalkan senjata dan persediaan pertahanan. Perkara ini sudah tentu akan dilaksanakan."

Menurut beliau lagi, kian lemah berbanding zaman-zaman sebelum ini apabila dirundung masalah politik, ekonomi dan isu keselamatan negara-negara Eropah, "Rejim Zinonis juga sudah terlalu lemah berbanding sebelum ini. Rejim tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mengangkat tinggi slogan 'Dari Nil ke Furat'. Namun sekarang dalam peperangan 50 hari di Gaza, mereka telah kerahkan seluruh kekuatan perang, itupun tidak dapat menghapuskan terowong bawah tanah Hamas dan Jihad Islam."


Selain itu, beliau turut mengingatkan masalah dan kegagalan musuh Islam mencapai matlamat mereka di rantau tersebut terutamanya di Iraq dan Lubnan, "Salah satu kelemahan musuh ialah isu nuklear Iran. Amerika dan negara-negara penjajah Eropah telah bersatu untuk membuatkan Republik Islam Iran melutut, namun mereka tidak mampu berbuat demikian, di waktu akan datang pun begitu juga."